Salam jumaat semua. Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Sekejap bukan kita dah pun mula hidup di tahun baru.
Hari ini hari yang ke-6 dari 366 hari. Alhamdulillah aku masih bernafas untuk menjalankan rutin rutin harian aku seperti biasa.
Maaf, blog ini hampir lama aku tinggalkan. Dah berhabuk? eh bukan. dah tak serancak yang dulu, sentiasa update.
Aku agak sibuk sejak kebelakangan ini, menguruskan diri, pelajaran dan amanah. Sibuk dengan projek, assignment, Quiz dan Test. Tugasan sebagai exco juga tidak kurang beratnya, handle sana sini. Tidak lama lagi, family day dan juga dinner bagi course aku akan diadakan, agak sibuk menguruskan majlis tersebut. InsyaALLAH semoga semua akan berjalan dengan lancar.
Mungkin akan melenyapkan diri dari laman blog ini untuk seketika. Uruskan hal hal yang sepatutnya. Banyak sebenarnya yang ingin aku kongsikan, cuma masa tak mencukupi untuk aku luangkan disini.
InsyaALLAH semoga kita berjumpa lagi
Semoga kalian sihat sihat dan ceria selalu
Sentiasa dirahmati ALLAH
Wassalam






