My Photo
Nurul 'Ain
Ampang, Selangor, Malaysia
Hanya bersandarkan pada nama popular Ain :) Aku tidak sesempurna kau dan aku bahagia mengetahuinya. Dan hanya aku saksi dan hanya DIA hakim yang boleh menilai dan mentafsir hatiku dan siapakah diriku yang sebenarnya. Insan kerdil yang hanya mengharap redha Illahi untuk terus berjuang dijalanNya :)

Saturday, 26 November 2011

Mujahid

Bismillahirahim

Ku impikan diriku sebagai seorang mujahid,
yang hatinya tenang di atas segala dugaan
dan imannya teguh seperti benteng yang kukuh.

Ku impikan diriku sebagai seorang mujahid,
yang hatinya tiada lalai daripada mengingati Allah
dan takwanya tinggi menggapai langit.

Ku impikan diriku sebagai seorang mujahid,
yang amalannya tulus dan ikhlas kerana Allah
dan semangat juangnya yang jauh daripada luntur.

Namun aku sedari,
aku masih jauh daripada siapa diriku yang aku impikan.
Namun, aku berdoa kepada Allah
dan akan aku terus berusaha
supaya impianku itu tidak kekal sebagi impian, namun menjadi satu kenyataan.

InsyaAllah
Semoga ALLAH memberkati kita semua
Wassalam :)


0 ♥ ♥ ♥: