My Photo
Nurul 'Ain
Ampang, Selangor, Malaysia
Hanya bersandarkan pada nama popular Ain :) Aku tidak sesempurna kau dan aku bahagia mengetahuinya. Dan hanya aku saksi dan hanya DIA hakim yang boleh menilai dan mentafsir hatiku dan siapakah diriku yang sebenarnya. Insan kerdil yang hanya mengharap redha Illahi untuk terus berjuang dijalanNya :)

Monday, 7 November 2011

Untitled

Assalamualaikum

Entri ringkas dan khas.

Sebelum itu, Salam Aidiladha baut semua para muslimin dan muslimat, juga para haji yang telah pergi menunaikan haji. Semoga mendapat haji mabrur, insyaALLAH :)

Seperti hari hari yang sebelum ini, aku hanya berada di rumah dan tiada aktiviti diluar rumah.

Oh, sebelum itu, esok 8hb Nov. dan jika aku tidak salah, hari jadi teman baik dan sekelas aku dahulu adalah esok. Akhirnya 18 tahun. Selamat hari jadi Nasya. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Berjaya dunia dan akhirat. Cemerlang dalam pembelajaran dan juga hidup. Aku sentiasa mendoakan kau. Walaupun kita jauh, kau dan yang lain lain tak pernah aku lupakan. Moga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat, insyaALLAH.

Syafiqa kini berada di kampung halamannya. Kondisinya sebelum ini agak tidak memuaskan. Mungkin sekarang sudah lebih tenang. Semoga kau tabah dan lebih tenang. Pasti ada hikmah disebalik kejadian itu. InsyaALLAH jika kita usaha lebih sedikit lagi, pasti kejayaan akan datang. Sama sama kita berusaha okey.

Kini aku hanya ingin satu, jika ada rezeki dan ada masa, teringin nak berjumpa dan keluar bersama mereka semua sebelum aku pulang kembali ke Perak. Rindu.

Nak gather together gether dengan Piqa Nasya Fathi, Eza, Iqbal, dan juga Si kembar. Tapi bila, susah betul nak contact mereka :(
 
kami comel sokmo :p


0 ♥ ♥ ♥: