My Photo
Nurul 'Ain
Ampang, Selangor, Malaysia
Hanya bersandarkan pada nama popular Ain :) Aku tidak sesempurna kau dan aku bahagia mengetahuinya. Dan hanya aku saksi dan hanya DIA hakim yang boleh menilai dan mentafsir hatiku dan siapakah diriku yang sebenarnya. Insan kerdil yang hanya mengharap redha Illahi untuk terus berjuang dijalanNya :)

Sunday, 18 December 2011

Aktiviti Semester Kedua :)

Assalamualaikum

Mari kita update, walaupun benda ni dah tak up-to-date ^_^


Wani-Aku-Farah
kami rakan sebilik sejak semester pertama lagi :D
Ada yang berkenan? eh yang tengah? ehemm not available, only available when someone meet my father only :p
jadi, gambar ini akan mewakilkan satu cerita. 
Gambar ini ketika kami selesai membeli jajan jajan di Tesco. Di Sri Iskandar, Perak telah pun ditubuhkan satu supermarket besar iaitu Tesco. Wahh sebelum ini Sri Iskandar hanya dikenali dengan kawasan pedalaman, kanan kiri hutan. Sesiapa yang selalunya dapat melanjutkan pelajaran di Sri Iskandar pasti akan tepuk dahi dua tiga kali, mengeluh berpeluh-peluh. Kerana apa, kerana kawasan disana tidak lah semaju Kuala Lumpur. Betul, tak maju pun.
Kini, Sri Iskandar telah pun membangun ^_^ Tesco telah pun beroperasi sejak 3 minggu yang lepas, banyak juga kedai kedai yang telah dibuka dan juga Secret Recipe. Senang lah nanti hari jadi sahabat handai minta saja kek mahal :p
Dan perancangan yang seterusnya, bersebelahan UiTM kami sedang dalam proses pembinaan McD, Panggung Wayang yang tak sehebat GSC dan lain-lain. Makin maju bukan? Tapi aku terasa, makin banyak lah pintu-pintu maksiat akan terbuka, yaALLAH moga kau jauhkan semua itu dari kami.


Seterusnya, tidak banyak benda yang aku ingin kongsikan. Gambar ini mewakili program aku bersama Ikatan Mahasiswa Dinamik UiTM Perak (IMAD)
Pada 1 Disember 2011 yang lalu telah pun diadakan majlis perasmian In-Tell Group.
Persatuan yang sangat membina dan membawa diri ke arah yang lebih baik, mengenali Islam dengan lebih lanjut serta dapat menginsafi diri dan khasnya semua untuk mahasiswa. Mengharapkan sambutan lebih hangat daripada pelajar-pelajar, insyaALLAH
Buat diri ini, tolonglah adakan waktu untuk menghadiri usrah. Seringkali aku tidak dapat menghadirkan diri kerana jadual bercanggah dan kadang kala aku ada mesyuarat dan event lain :(



Dan gambar yang terakhir, karnival yang julung kalinya diadakan di UiTM Perak ini adalah di bawah kelolaan Persatuan Ijazah Pengurusan Sumber Manusia (B'HURES) di bawah Fakulti Pengurusan Perniagaan. karnival ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 25/11/2011 sehingga 27/11/2011. Banyak aktiviti yang menarik diadakan bagi memeriahkan karnival ini. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah pertandingan paintball, pertandingan playstation 3 (PES 2012), motorshow, PC FAIR, jualan, pameran rumah hantu dan juga tayangan.

Tidak lupa juga, sebagai penghargaan kepada semua pengunjung yang sama-sama memeriahkan karnival ini, membawakan khas KONSERT GEGAR FIESTA. Konsert ini diadakan pada 26 November 2011 jam 9.00 malam. Konsert yang berlangsung selama 2 jam ini akan mempersembahkan penampilan khas artis AIZAT AMDAN dan juga artis-artis dari UiTM Perak.

Cukup rasanya sampai disini, tak tahu lagi apa yang patut aku coretkan. 
Seterusnya akan aku update kemudian
Have a nice one people
Semoga sentiasa dalam lindungan ALLAH
Wassalam
:)


0 ♥ ♥ ♥: