Awal pagi lagi aku telah terjaga
Menunaikan apa yang wajib di Subuh hari
Walaupun mata malam tadi tidur pada pukul 3pagi
Ku gegas kan juga badan ini untuk melaksanakan perintahNya
Seusai Subuh, kuuruskan segala perkara
Basuh dan sidai baju baju kotor, kemas buku buku yang berselerak, dan perkemaskan bilik
Sudah menjadi rutin mingguan
Alhamdulillah, sepanjang minggu ini insyaALLAH semuanya telah pun berjalan lancar
Banyak perkara baru dan kenangan baru aku cipta
Semangat aku pun mula perlahan-lahan timbul
Syukur aku diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberi
Aku tercalon pada AGM PERSIQ untuk jawatan Exco Korporat
Tak menjangka akan meraih undian yang banyak kerana saingan pun boleh tahan hebatnya dan mempunyai penyokong yang ramai
Tapi Alhamdulillah, seperti mana yang aku bicara kan tadi, aku telah pun diberi kepercayaan oleh rakan rakan dan juga senior senior yang lain untuk menjadi pelapis dan pemimpin. Memimpin kearah yang lebih baik dan juga amanah
InsyaALLAH akan aku laksanakan sedaya dan semampu yang boleh.
Pada mesyuarat Blok Cempaka iaitu blok yang aku diami, sekali lagi aku doberi kepercayaan untuk menjadi AJK Blok.
Alhamdulilah, permulaan yang bagus bagi aku untuk lebih meningkat dan mempelajari sesuatu yang baru
Dan insyaALLAH akan memikul tanggungjawab yang diberi dengan sebolehnya dan juga seikhlas hati.
Seterusnya, pada Isnin yang lepas iaitu 5hb Dis, aku bersama rakan sebilik, telah menghadiri Konsert Aizat Amdan. Dan ya, aku beli ticket HotEdition, fanatik punya pasal :p
Dan sekali lagi, memori indah dan manis bersama rakan rakan dan juga AIZAT terpahat dihati ini :D
Setakat ini sahaja yang mampu aku coretkan di pagi yang indah ini
Oh sebelum itu, buat account di pagi hari sangatlah refreshing!
Jom study, tak elok tidur pada waktu pagi, rezeki tertutup dan minda pun tidak berkembang, hee
Malam ini ada ceramah untuk Pelajar Modul 2
dan keesokannya kami ada LDK, mengeluh
Okey
Semoga sentiasa dirahmati ALLAH
Have a nice day
Wassalam :)

0 ♥ ♥ ♥:
Post a Comment