My Photo
Nurul 'Ain
Ampang, Selangor, Malaysia
Hanya bersandarkan pada nama popular Ain :) Aku tidak sesempurna kau dan aku bahagia mengetahuinya. Dan hanya aku saksi dan hanya DIA hakim yang boleh menilai dan mentafsir hatiku dan siapakah diriku yang sebenarnya. Insan kerdil yang hanya mengharap redha Illahi untuk terus berjuang dijalanNya :)

Sunday, 18 December 2011

Tayangan Perlawanan Akhir Bola Mas vs Ind #Sukan Sea

Assalamualaikum

Pada 21hb November yang lepas, sehari selepas aku memasuki semester 2, dah ada dah pun event dekat uni. Mula-mula rasa malas nak pergi, tapi terkenangkan stiker aktiviti dapat, aku dan teman sebilik terpaksa pergi walaupun hati tak berapa rela nak tengok bola.

Event ini disediakan khas oleh MPP UiTM Sri Iskandar, Tayangan Perlawanan Akhir Malaysia vs Indonesia pada sukan Sea 2011.

Terus-terang, memang ramai pelajar yang datang, memberi sokongan yang jitu dan padu untuk pasukan Malaysia, termasuklah aku.

Ehemm, kalau kita berpandukan pada video dibawah, nampak sangat perempuan lagi bukan main tengok bola. Biasalah, aku pun agak malu mula mula, tapi tanpa aku sedar aku pun bersemangat lebih, esaited bila bola memasuki gawang gol. MasyaALLAH malu pula rasanya dengan kaum lelaki. Mujur ramai pada ketika itu.


Okey, satu kenangan bersama pelajar pelajar lain, bersorak dan menyokong untuk pasukan negara. Sampai ada seorang rakan aku yang tiba tiba sakit dada merisaukan kekalahan pasukan negara kita. But, Alhamdulillah, Malaysia menang kan? Ya, menang :)





Tahniahh! 
Sebelum itu, maaf jika video ini ada membuatkan sesetengah pihak yang tidak gemar bila melihatnya. 
Enjoy :)



0 ♥ ♥ ♥: