Aku gelarkannya sebagai 'Samsyul Yusof' kerana mukanya iras iras seperti pengarah muda terkenal itu
Aku tidak kenal dia, begitu juga dia
Tapi hanya mengenali nya sebagai repeater bagi satu subjek ini dan menumpang belajar di dalam kelas aku hanya pada hari Khamis
Perkara ini semua berlaku pada semester lepas, dan tidak sangka aku mempunyai mukabuku dia
pernah sekali kami bertegur
Seperti biasa pandang dan lihat dari jauh
MasyaALLAH hati ini, mengapakah?
Dua tiga minggu sebelum kami menghadapi peperiksaan akhir,
dia tidak pernah muncul dan hadir ke kelas, cuma rakannya yang setia menghadirkan diri
dan sehingga hari ini, pada semester kedua aku,
lama aku tidak lihat kelibatnya
Pernah hati ini terdetik, berdoa barangkali
semoga aku dipertemukan, atau lebih manis moga aku boleh melihatnya cukup dari jauh
dan Alhamdulillah
aku dipertemukan pada satu majlis di Pusat Islam
walaupun hanya pandang dari jauh, dan ya itu memang dia
seperti doa aku dimakbulkan untuk melihatnya walaupun dari jauh
hati masih berbunga bunga
masyaALLAH,
bilamana perempuan mempunyai perasaan
sudah menjadi lumrah mereka akan bermain dengan perasaan mereka sendiri
doa aku semoga KAU jauhkan aku dari segala perkara yang dilarang
tunjukkan aku dan iringkan aku ke jalan yang kau redhai, insyaALLAH :')

0 ♥ ♥ ♥:
Post a Comment